Thursday, August 30, 2018

Trip Mesir Part 1 : Alexandria ke Cairo

bergambar di hadapan piramid Giza di Cairo, Kaherah, Mesir

Mesir Part 1 : Alexandria ke Cairo


Dalam blog Makchic Menulis ini , makcik rakamkan sedikit sebanyak pengalaman jalan2 melihat-lihat negeri orang. 

Dalam blog Makchic Memasak  ada resepi2 makanan kegemaran anak-anak makcik.


Kali ini makcik ingin ceritakan tentang trip ke Egypt pada tahun 2016. Trip ke Egypt ini agak istimewa kerana kali pertama mengikut group tour.  Kami ikut Poto Travels.

Selalunya Makchic suka travel  sendiri2 je sebab dirasakan  lebih murah dan adventurous.





Makcik memang  puji Poto Travels, sebab

Blog Sulong sebagai Pengenalan




A Half century old person trying to write down important point ofher life


Pengenalan


Makcik seorang penulis amatur dalam linkungan separuh umor. Buat masa ini makcik masih bekerja tapi teringin nak  bersara/pencen 6 tahun lagi . Nak pencen supaya ada lebih banyak masa untuk membaca , menulis , memasak , tanam bunga dan banyak lagi aktiviti yang makcik suka buat.


Tahun lepas ada cuba tulis novel  tapi kantoi sebab cuma ada peluang menulis di hujung minggu atau hari cuti sahaja. Macam putus-putus idea yang datang . Tulis blog pendek-pendek lah dulu .

Melalui  blog MakChic Menulis , makcik ingin berlatih menerapakan pemikiran di kertas serta mencatit pengalaman serta buah fikiran makcik.  Macam diari . supaya tak hilang dari ingatan . Maklumlah semakin usia meningkat anytime can kick the bucket,  dunia kata pergi kubur kata mari , pepatah zaman moden.

Kalau umur panjang dapatlah baca balik isi otak di suatu masa dulu .

Dalam fikiran ada macam-macam  ide  untuk blog Makcik Memasak , Makcik Membaca. Samaada blog-blog ini akhirnya ditulis atau tidak,  masih , buat  masa ini, dalam misteri ๐Ÿ˜„

Hasrat nak  menulis sudah lama  bermain di fikiran tetapi kekurangan masa dan peluang serta kekurangan keyakinan , menyebabkan hasrat tersebut  terpendam aje selama ini.

Makcik harap keyakinan menulis akan berkembang dengan setiap penulisan yang makcik hasilkan.

Pekerjaan seharian pada pendapat makcik adalah aktiviti wajib how i make my living dan sudah tentu perlu dijalankan dengan penuh telus , ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Namun i live for my most cherished moments,the few minutes and short hours when i get to do the stuff  i enjoy most doing.

Makcik gemar  membaca, memasak , merantau/melancung, dan menonton televisyen serta melayari  FB/Instagram. Mengaku ajelah kan ,pasal FB dan Insta tu.


Semua saluran media adalah pisau dua mata. Kita sentiasa dapat mempelajari sesuatu jika bijak  memanfaatkan kemudahan yang tersedia di depan mata.

Makcik seorang pembaca tegar , terutama bab-bab sejarah.  Dulu masa kecil , surat kabar bungkus nasi lemak pun makcik baca kalau tiada bahan baca lain masa makan nasi lemak  .

Dari asal membaca buku-buku fiksyen , sekarang ni makcik lebih banyak baca non-fiction, biographies dan kisah-kisah benar sebab pada pendapat makcik cerita reality  ini lebih ada isi dan  satu bentuk sejarah juga

Tapi makcik masih meminati cerita2 dongeng seperti Harry Potter dan Game of Thrones. Seronok dan tak payah fikir banyak-banyak.

Semoga  pembaca yang telah meluangkan masa untuk membaca blog makcik mendapat pelajaran maupun teladan dari setiap post , sekurang-kurangnya hiburan yang berguna dari blog makcik untuk diri masing -masing.

Kepada anda yang pernah menulis blog, apa tujuan asal menulis ?

Jom kongsi, boleh kita berkawan .


Blog-blog  ini juga ditujukan kepada anak-anak kesayangan  makcik Asyraf , Azim serta Aida Suhaila.'



To my children :

These writings are something to remember me by when I am gone.  


Hopefully , I get to blog my recipes for your future references 


 The way I cook may sometimes be different than the rest of the world, so always have access to my way  of cooking to get to the tastes you are famililar with.  As all 3 of you know , I regret losing Tok Milah's  recipes after she passed away unexpectedly.  


I am ensuring that mine will be in cyberspace,  well, unless it gets deleted . Too bad then.


All the best and may the 3 of you grow up to be happy, healthy,  kind and compassionate Homo sapiens, here and  thereafter.



Selamat membaca !!

Trip Mesir Pt 4 : Kom Ombo

Trip Mesir Pt 4 : Cerita Buaya, Tiang serta Perigi di Kom Ombo Aduiihh susah betul nak cari masa nak update blog. Dalam seminggu ...