Trip Mesir Part 2: Keretapi Tidur ke Aswan
Kita teruskan ceritera kita berkeretapi ke Aswan, sebelum belayar di Sungai Nil ke Luxor
Untuk sampai ke Aswan perlu menempoh perjalanan sejauh 870 km. Jauh. Cramp kaki kalau naik kereta.
Untuk lebih adventure dan menjimatkan masa merentas dari utara ke selatan Mesir, kami naik kereta tido . Sleeping Car.
Keretapi yang dinaiki oleh para pelancong tidak dinaiki oleh penduduk tempatan. Mungkin tiket nya lebih mahal? Makcik tidak tahu sebab semua pembayaran dah diuruskan oleh travel agent .
Itulah pasal kalau nak pergi redah sendiri di Mesir serasa macam banyak hal perlu diuruskan.
Kalau ada pembaca yang pernah ke Mesir dan uruskan trip naik keretapi sendiri, mari lah berkongsi pengalaman. Tulis dalam komen dihujung blog.
Lagi satu, eloklah simpan jaket tebal dalam backpack bila nak naik sleeping car waktu malam ni, makcik pakai utility jacket je menggigil kesejukan.
Stesen keretapi Cairo nampak antique. Kami sampai lewat hampir senja dan berlegar-legar menunggu kedatangan keretapi sampai awal malam. Suhu mula bertambah sejuk. Masa ni bila bercakap boleh nampak asap keluar dari mulut.
Penduduk tempatan berpusu-pusu dan bertolak-tolak untuk masuk ke keretapi yang sampai.
Gerabak biasa tiada nombor tempat duduk agaknya. Ada seorang wanita siap junjung besen besar atas kepala untuk masuk ke keretapi . Sayang takda pulak gambar nya makcik rakamkan
Akhirnya sampailah kereta tido yang kami tunggu-tunggu.
Bahagian dalam Keretapi ke Aswan
Gerabak sleeping car terdiri dari bilik-bilik (2orang sebilik) dengan laluan sempit dari hujung ke hujung dan tandas dihujung gerabak.
Laluan sempit ke tandas.
Suhu dalam keretapi ke selatan Mesir pada waktu malam adalah sejuk. Betul-betul sejuk tapi tidaklah sampai keluar asap dari mulut macam masa di stesen tadi.
Kalau siang cukup dengan jaket nipis, waktu malam eloklah klu ada flannel jacket. Makcik terpaksa korek keluar flannel jacket dari dalam beg besar sebab dah kesejukan yang tak tertahankan 😓
Bermasalah sikit dalam keretapi ni sebab makcik kena jalan dari hujung ke hujung untuk masuk tandas.
Berkembara musim winter ni , air patut diminum selalu sebab udara agak kering , tapi bila minum banyak perlu pula selalu ke tandas. Yang sakit sikit adalah tandas dalam keretapi ini air paipnya ada air sejuk sahaja .
Walau apapun syukurlah ada air juga untuk mencuci.
Makan malam sediakan dalam tren. Macam dalam flight ! Gambar nya tidak sharp sebab keretapi bergoyang-goyang.
Kalau makcik tak sakit kepala malam tu pastinya lebih seronok. Selesa tidur dalam sleeping car ni, berbuai-buai dan sekali-sekali ada bunyi hon keretapi. Nyahdu.
Seingat makcik keretapi ni bergerak terus-menerus dari Cairo ke Aswan. Tak ingat pula ia berhenti dimana-mana.
Hampir subuh pemandangan diluar keretapi dapat dinikmati. Nampaklah pohon pohon palma dan lanskap semulajadi Mesir di sepanjang jalan.
Hari ke-4 : Sampai di Aswan dan lawatan ke Lake Nasser/Aswan Dam
Sarapan pun dihidangkan dalam keretapi. Sarapan ringkas kopi dan roti bun berserta keju. Owh....lupa nak cerita, sejak dari dalam flight ke Egypt serta di hotel-hotel dan selajutmya dalam keretapi ni , roti dihidangkan dengan keju lembut yang senang disapu. Takde mentega.
Kami sampai di Aswan lebihkurang pukul 10.30 pagi waktu Aswan dan naik bas khas ke Aswan Dam dan Lake Nasser.
Ada banyak papan tanda bercerita tentang pembinaan dan teknik kejuruteraan pembinaan empangan ini yang membantu mengawal aliran air ke Sungai Nil untuk mengelakkan banjir besar.
Sungai Nil adalah sungai besar pelik sebab mengalir dari selatan ke utara . Macam dari bawah ke atas, kalau tengok dalam peta . Keliru bila nak cerita.
Kami ada pemandu pelancong bernama Islam berketuruan Mesir pior yang bercerita tentang buaya di Sg Nil. Mengikut cerita nya setelah pembinaan Empangan Aswan buaya-buaya Sungai Nil terperangkap di sebelah atas ( eg. bawah kalau dalam peta) empangan dan tidak lagi dapat berenang ke muara/ hlir sungai.
Lega mendengar penerangan Mr. Islam sebab kami akan berlayar di Sungai Nil selepas ini. Takde bahaya buaya kalau betul cerita Mr. Islam
Terdapat tugu persahabatan berdekatan Empangan Aswan ini untuk memperingati jasa kerajaan Russia kepada Egypt , membantu membina empngan ini. Dalam banyak-banyak negara kat Timur Tengah ni Russia aje yang sudi tolong Mesir buat empangan.
Minta maaf cerita agak dry bab di Aswan ni.
Yang Makcik paling ingat di sini adalah betapa sakitnya kepala dan betapa makcik berjanji pada diri sendiri never to leave home without my migraine tablets, ever !!
Sakit nyaa tuh .....di dalam tengkorak huhu
Melihat sungai Nil , berasa macam dalam mimpi. Biru. Luas.
Kita sambung di post selanjut nya ye !!
No comments:
Post a Comment