Thursday, August 30, 2018

Trip Mesir Part 1 : Alexandria ke Cairo

bergambar di hadapan piramid Giza di Cairo, Kaherah, Mesir

Mesir Part 1 : Alexandria ke Cairo


Dalam blog Makchic Menulis ini , makcik rakamkan sedikit sebanyak pengalaman jalan2 melihat-lihat negeri orang. 

Dalam blog Makchic Memasak  ada resepi2 makanan kegemaran anak-anak makcik.


Kali ini makcik ingin ceritakan tentang trip ke Egypt pada tahun 2016. Trip ke Egypt ini agak istimewa kerana kali pertama mengikut group tour.  Kami ikut Poto Travels.

Selalunya Makchic suka travel  sendiri2 je sebab dirasakan  lebih murah dan adventurous.





Makcik memang  puji Poto Travels, sebab
pengurusan nya sangat baik dan telus. Tour leader   (Sharwaheedah) yang ikut sekali sangat prihatin. Untuk trip Egypt ni , MakChic dan suami memilih group tour sebab faktor keselamatan. Pada tahun-tahun  sebelum 2016 Egypt kerap ada kejadian pengeboman, rusuhan dan yang sewaktu dengan nya yang menyebabkan kami merasakan bahawa lebih baik pergi dengan group.



Lawatan ke Egypt bermula dari Alexandria (1 malam 1 hari)  ke kota Kaherah ( 2 malam  2 hari)  sebelum bergerak ke Aswan  dengan night train , dan mudik Sungai Nil menaiki bot besar Nile Cruise ( 3 malam )  ke Luxor  ( 2malam 3hari)


Hari 1 :  Kuala Lumpur ke Alexandria



Penerbangan MAS bertolak dari KLIA pada pukul 9.15pagi, 5 disember 2016, mengambil masa 8 jam sebelum sampai di Doha, Qatar dimana kami  transit selama  3 jam  sebelum meneruskan perjalanan  3 jam lagi dan sampai di Alexandria, Mesir  pada pukul  6.15malam , waktu Mesir.

Kami dibawa makan malam tapi sudah tidak berselera lagi sebab waktu pukul 8 malam di Alexandria bersamaaan pukul 2 pagi di Malaysia ! 




 Nasi mesir pertama dihidangkan pada kami tapi tak berselera. Rugi betul.














Hari 2 : Alexandria



Kami menginap di Plaza Hotel Alexandria. Pagi nya siap berkemas semula sebab ada sehari sahaja di Alexandria sebelum bertolak ke Cairo/Kaherah



Bermacam-macam pastry ,croissant serta mkanan tempatan di hidangkan semasa sarapan


Mencuba kacang fuul asli dari Mesir 

Berbagai jenis keju dan sayuran segar dimakan semasa sarapan





Berbeza dengan trip redah sendiri , bila melawat ke negeri orang secara kumpulan kita berpeluang makan makanan tempatan yang disediakan istimewa.  Kalau trip redah sendiri selalunya kita sarapan ringkas-ringkas sahaja, betul tak? 

Makanan paling berbagai-bagai jenis seperti ini hanya kami jumpai di Plaza Hotel, Alexandria sahaja. Sarapan di hotel lain semasa trip ini adalah lebih sederhana.


Terserempak dengan remaja Mesir dalam perjalanan mereka pergi ke sekolah Remaja Mesir sangat peramah dan suka bergambar dengan orang-orang yang datang melawat negara mereka.

Di Alexandria kami melawat the Montazah Gardens, King Farouk's Palce pada sebelah pagi.


Bulan Disember musim sejuk tapi suhu di Alexandria, yg berdekatan dengan laut adalah nyaman, cerah dan tidak sejuk. Di Montazah Gardens

Kumpulan pengiring dari Misr Travels, pemandu , Sharwaheeda dari Poto Travel dan bodyguard kami. Dalam kot bodyguard ada submesin-gun !




Lihat lah kebiru-hijauan laut di sekitar Alexandria.  











Pada sebelah petang kami pergi menziarahi makam Nabi Danial dan Loqman-ul Hakim serta Catacombs El Shokafa yang berada dalam lubang di bawah tanah




Untuk makan tenghari kami dijamu makanan laut segar dari laut sekitar Alexandria. Sangat sedap ikan nya !











Dalam kolong El Shokafa, merupakan sebahagian dari tinggalan Rom di Alexandria. Ia nya tempat pengkebumian zaman dahulu kala

Teater tinggalan penjajahan Rom



Pemandangan jalan yang dilalui disekitar Alexandria.

Kelihatan agak menyedihkan.

Aktiviti ekonomi kelihatan berjalan dengan rancak

ada satu tempat yang makcik sedih sikit menengok semasa di Alexandria adalah yang dalam gambar diatas. Sampah bersepah, macam takde dewan bandaran yang menguruskannya. Sedih tengok keadaan ini di sebuah negara Islam.

Lewat petang kami bertolak ke Cairo dan menginap di Grand Pyramids hotel berdekatan Giza pada malam seterusnya

Hari 3 :  Cairo (On Pharoah's Land)


Selepas sarapan pada 7 Disember 2016 , kami dibawa ke Giza Plains di mana terletak nya 3 pyramid  besar yang di bina oleh Fir'aun Khufu , Khafra, dan Menkaura serta 3 lagi piramid kecil.

Dalam perjalanan lagi kelibat pyramid telah kelihatan di celah-celah bangunan. Muka dah tersenyum-senyum dari dalam bas lagi.  Setelah sampai di dataran Giza,  gembira  rasa hati dapat lihat dengan mata kepala sendiri, tersergam piramid di depan mata !

Dari usia kanak-kanak , makcik telah membaca bahawa saiz piramid adalah sekian dan sekian kaki lebar serta tinggi tapi mana kan boleh membayangkannya.

Nahh.....tengoklah puas-puas. Begini lah saiz piramid Khufu, yang terbesar di antara 6 piramid di Dataran Giza.






Bongkah-bongkah batu telah gondol dimakan zaman, tidak lagi rata tapi bersegi-segi.

Piramid Khufu dikatakan dibina dengan lebih 2 juta blok batu, mengambil masa 20 tahun untuk siap dibina




Inilah saiz bongkah-bongkah batu pyramid dari dekat.
 Ingat, zaman masa pyramid dibina tiada kren .

Piramid ini dianggarkan dari bukti-bukti arkeologi telah dibina 2 ribu tahun sebelum Masehi, agak-agak 4 ribu tahun dahulu.  Makna nye batu dimana makcik bersandar dalam gambar di bawah telah dibawa ke kedudukan nya sekarang 4,000 tahun dahulu !

Umur makcik baru 50 tahun .


Cuaca di Giza agak sejuk dibandingkan dengan di Alexandria. Walaupun dalam musim Winter,  matahari masih bersinar cerah di padang pasir ini.

Pastikan pakai sun-block dan jangan lupa spek hitam. 


Unta...!


Alang-alang dah sampai makchic beranikan diri naik unta. Once in a lifetime !  Gayat juga, tinggi unta nya. MersC0V tak MersCoV nak naik jugak. Busuk tau unta ni, haha

Poto Travels membawa kami melihat-lihat piramid dari beberapa sudut . Setelah puas merenung dan berposing untuk gambar kenangan kami dibawa untuk makan tengahari . Dalam perjalanan ke restoren kami melalui Sphinx.




Sphinx ni rupanya tidak lah begitu besar . Sangat  kecil dari yang dibayangkan.

Kalau melawat secara kendiri rasa nya lenguh kaki sebab Giza Plains ini luas dan perlu berjalan jauh dari satu tempat ke satu  tempat.

Bersama kumpulan kami dibawa dengan bas persiaran. jimat tenaga.


Lunch adalah Nasi Piramid di sebuah restoren yang mengadap pemandangan yang begitu mengasyikan. Ada sup dan lebih banyak sos cicah.


 Trip dengan mana-mana travel group jua pun dibawa untuk membeli belah di pusat barangan tertentu


Selepas makan tengahari kami dibawa  shopping membeli baju T , lukisan papyrus dan barangan alabaster

Makchic dah baca tentang papyrus dan alabaster souvenirs sebelum bertolak ke Mesir dan tidak begitu terpengaruh untuk membeli lebih dari diperlukan untuk kenang-kenangan

I

Imhotep,  kedai menjual lukisan papyrus



Itinnerari lawatan sangat padat.  

Petang itu juga kami dibawa melawat the famous Egyptian Museum.  Muzium yang terletak di Cairo ini penuh sesak dengan artifak sejarah. Muzium yang lebih besar sedang dibina di Giza tapi belum siap.




 Bangunan merah Egyptian museum

Penerangan diberi oleh Egyptologist bertauliah dan berpengalaman menggunakan alat pendengaran , jadi semua penerangan dapat didengar dengan mudah
 Muzium nya penuh dengan pameran , kalau redah sendiri rasanya mesti tak dapat cover banyak pameran dan besar kemungkinan sesat tak jumpa pameran yang penting.

Dalam muzium boleh ambil gambar tetapi tidak boleh dengan flash. Bayaran dikenakan untuk membawa masuk kamera. Tiada bayaran untuk bawa masuk handphone.

Kami di tunjukarah ke pameran Tutankhamun . serta mummy-mummy lain yang banyak terdapat dalam museum

Tidak dibenarkan ambil gambar kepala patung emas Tutankhamun .

(kiri) Patung-patung emas tulin Fir'aun




Selepas melawat Egyptian Museum, kami dibawa pula ke pasar besar/ Souk Khan El Khalili , yang telah wujud sejak abad ke 14.

Kami diberi masa 1 setengah jam sahaja untuk membeli belah di sini !

Souk tersebut sangat besar dan tidak cukup masa untuk ronda ke semua bahagian. Kami beli souvenirs kecil-kecil di sini.


Kedai yang kecil ini pun ada begitu banyak pilihan. Bingung memilih !

Besok nya kami akan melawat Islamic Cairo , dengan 2-3 masjid dalam itinerari. Satu-satu nya masjid yang makcik teringin solat di dalamnya tidak kami lawati iaitu Masjid Saidina Hussein , cucu Nabi Muhammad SAW yang terkorban di Karbala, Iraq.

Kepala Saidina Hussein telah dibawa pulang ke Cairo dan disemadi di Masjid Saidina Hussein ,  bersebelahan dengan Souk Khan el Khalili!

Masjid Saidina Hussien














Pada sebelah malam kami ditawarkan lawatan optional di atas kapal yang berlayar di Sg Nil yang merentas kota Kaherah, untuk menyaksikan  Sufi Swirling Derwish dan Belly Dancing. 

Susah nak menolak tawaran sebegini !!

The Swirling Derwish : Sufi berputar
Penari Belly Dancing sangat cantik dan pandai bergelek .  Tengok , jangan tak tengok.











Kami pulang ke hotel sungguh letih malam itu, tapi sungguh gembira

Hari 4 :  Cairo (Islamic Cairo & Night train to Aswan )


Mungkin sebab keletihan , excited, atau info-overload,  makcik bangun tidur dengan sakit kepala yang awalnya sederhana tetapi menjadi full blown migraine lewat petang

Ubat migrain terlupa bawak pula !!

Macam-macam ubat kami bawa. Ubat demam, selsema, ciritbirit, plaster, ubat tahan sakit semua ada, kecuali ubat migrain . Ini disebabkan makcik tidak pernah diserang migrain semasa holiday ( Ciss ! )

Makchic makan  Paracetamol dan ditambah  Celebrex , dan lepas tu tahan je sakit kepala.

Selepas siap berkemas dan bersarapan, beg-beg dimuatkan dalam bas kami dan bertolak ke Cairo untuk melawat The Citadel, kubu yang dibina oleh Salahuddin Al-Ayyoubi ( Saladin)  pada kurun ke 12.
Beg-beg di atur kemas sambil menunggu kedatangan bas. Pastikan beg sendiri tak tertinggal , hehe


Kubu Saladin terbukti masih kukuh. Di dalam kubu tersebut terdapat Masjid Muhammad Ali Pasha.


Kelihatan di gambar bawah ini masjid Muhammad Ali Pasha di dalam kubu
Citadel












Kelihatan remaja-remaja Mesir datang bersiar-siar di Citadel, mungkinkah lawatan sekolah? Makcik tak begitu pasti


Seperti yang diamati sebelum ini remaja-remaja Mesir sangat berminat dengan pelawat-yang datang mengunjungi Cairo

Kami melewati Medan At-Tahrir tapi tidak berhenti.



Selepas itu kami dibawa makan tenghari dan seterusnya bersolat di Masjid Amr Al As, masjid  tertua di kota Cairo.




Di kanan adalah pemandangan dalam masjid Amru Al Ash. Masjid asal sudah banyak berubah dari yang dibina pada kurun ke 8 Masehi

Kami lalu di hadapan Universiti Al Azhar  dan melawat makam Imam As -Shafie.

Makcik agak rugi pada hari ke-4 ini sebab terpaksa menahan sakit kepala. Tak begitu enjoy hari ni.  Banyak gambar yang tidak dirakamkan


Petang nya kami dibawa ke stesen keretapi untuk menaiki keretapi ke Aswan.


Dalam post selanjutnya Makchic akan ceritakan tentang keretapi tido (Sleeping Car) ke Aswan .

Jumpa di post selanjut nya.......!!

1 comment:

egyptianmguide said...

Assalamualaikum - wa alakumussalam
Nama saya IMAD ABBAS ELHOMARY Saya Berasal dari cairo Mesir
Saya lahir di Giza pyrimids Saya Tinggal di Elharim Giza Sama sama Sampia Jumpa
Tentang kami Imad abbas elhomary
Kairo, Mesir
Bahasa: English (fasih), Arab (fasih)
Biografi: Saya seorang pemandu Melancong berbahasa Inggris / Egyptologist lulus dari Fakultas Arkeologi, bagian Egyptology, Universitas Panduan Shams Fakultas Seni-Wisata, Kairo, Mesir. Saya berspesialisasi dalam
Kredensial: Dilisensikan oleh Kementerian Pariwisata. Anggota sindikat Pemandu Wisata Umum Mesir (EGTGS). Anggota Federasi Panduan Wisata Arab
IMAD Pengalaman di selat biro perjalanan dari tahun 1993 bekerja di biro perjalanan di Kairo mulai operator tur hingga saya dan manajer pariwisata bekerja di biro perjalanan imad seperti bekerja di Pemandu Tur total Pengalaman dalam pekerjaan perjalanan sekitar 35 tahun
sepatutnya anda jejak sebelum mengembara ke negara lain kerana, mengembara ke Mesir bukanlah semata-mata kerana "Pyramids & Sphinx" atau anda hanya fikirkan "Padang Pasir"! Tetapi Mesir kaya dengan keindahan alam semulajadi yang sangat luar biasa. Mesir juga sangat kaya dengan sejarah-sejarah 7000 tahun Ketamadunan seperti Islamic, Pharaonic, Bahasa dan Budaya, Tradisi, Cerita Kedai Kopi, Perayaan, Seni bina dan Kraf. Sudah tentu terkenal dengan Sungai Nil apatah lagi kisahnya berkait dengan Nabi Musa A.S. Dengan kekayaan ini, Mesir di gelar "Omm Dunyaa" atau lebih dikenali sebagai "Mother Of The World" yang mesti anda jejaki.
Kami banyak mengeluarkan idea-idea baru bagi percutian ke Mesir yang pasti dikenang apabila meninggalkan bumi yang penuh bersejarah ini yang terdapat padanya pelbagai keunikan. Kami telah mengembara di seluruh sudut negara ini bagi mencari yang terbaik untuk kami alaminya sendiri dan daripada kami untuk anda semua.

IMAD ELHOMRY
BUKU PANDUAN TOUR SAYA
PEMANDU MELANCONG SAYA
Melancong di Mesri Saya
MOBILE: +201001439807 \ H \ P: +201141982374
Bergabunglah dengan Valley of the Whales kami. Pesan slot Anda sekarang! Rincian lebih lanjut kirim email ke emadelhomary@gmail.com atau WhatsApp kami di +01001493807: emadelhomary@yahoo.com

Layanan Panduan kami
Membimbing mereka dalam hal baru
Membantu dalam kebutuhan mereka
Panduan untuk safari
Panduan sekitar perjalanan Mesir
Buat pengaturan untuk
Transportasi
hotel, resor, kapal pesiar
perjalanan khusus
Tur Keluarga Suci
Thanks for messaging us. We try to be as responsive as possible. We'll get back to you soon.

Trip Mesir Pt 4 : Kom Ombo

Trip Mesir Pt 4 : Cerita Buaya, Tiang serta Perigi di Kom Ombo Aduiihh susah betul nak cari masa nak update blog. Dalam seminggu ...