Thursday, September 13, 2018

Trip Mesir Part 3 : Sailing on Sungai Nil


Minta maaf atas tajuk yang tak berapa BM di atas . 

Susah juga nak menulis dalam Bahasa Malaysia standard . Rasa kaku dan tak riang-ria

Gambar di atas tu bukan bot yang kami naiki , walaupun sama saja saiz dan bentuk nya. Makcik naik Sonesta tapi tak dapat ambik gambar bot kami sebab bila berlabuh asik double parking balik kapal lain.

Kami akan belayar di sungai Nil selama 3 hari, 3 malam dan berhenti di Kom Ombo dan Edfu sebelum

berlabuh di Luxor

Seronok nye memikirkan ada  3 hari di atas bot.

Diantara  kapalterbang, bas  dan keretapi malam yang kami naiki dalam trip ni, pengalaman bercruise di Sungai Nil ni yang paling BEST.

Dapat dirasakan bot bergoyang perlahan-lahan di pukul ombak-ombak kecik. Mabuk?  Tak laaa pulak. Tapi elok juga bawa ubat motion sickness mana tahu mabuk sungai, hehe

PotoTravel  beri sedikit taklimat masa mula-mula menaiki cruise, sebelum mengagih-agihkan kunci cabin masing2. 

Makcik duduk sekabin dengan suami dan anak bongsu, sementara 2 lagi anak lelaki duduk di kabin lain berhampiran.



Traditional felucca on Nile river
Felucca (kapal layar tradisi Mesir)  dilihat dari bot


On the way to Elephantine Island
Dikeliling tu semua air Sg Nil, macam tak percaya .  Dalam bot ke Elephantine Island




Selepas makan tengahari kami dibawa ke Elephantine island yang terletak di tengah-tengah sungai Nil.

Ini lah Mr. Islam pemandu pelancung kami, seorang Egyptologist yang tahu banyak sejarah Mesir
 Di Elephantine Island tu ada tropikal garden. Kami tak berapa ambil pusing lah sebab Malaysia kan negara tropika? What's new?


Elephantine Island
Nampak tak muka tak berapa impressed 




Sedang minum teh petang
Balik ke bot kami minum teh bersama-sama di atas dek . Ada air teh panas dan biskut je tapi rasa sedap sangat sebab cuaca semakin petang semakin sejuk. Yang seronok nye travel dengan group ni ada geng bersembang dan berkenal-kenalan.

Bila dah makan idea fotoshoot datang mencurah-curah. 

Meneliti gambar-gambar untuk blog ni, makcik menyesal bawa 1 oversized utility jacket je. Ingat nak pakai ala-ala Indiana Jones. Semua gambar asik pakai baju hijau ni aje. 

Tak busuk tau, sebab udara kering. Kalau berpeluh pun sejuk je dan cepat kering. Baju di bawah jaket kita tukar hari-hari laa.

Kalau sejuk sangat baru makcik pakai flannel jacket

Tiada pengalaman winter di gurun, dan tak pasti bagaimana sejuknya sebab orang cerita winter di Mesir tak sejuk macam kat tempat lain. Pasaii tu bawa jaket nipis je.


From Nile ferry
Kami menyusur makam Aga Khan di atas tebing Sg Nil

Sunset with Aga Khan mausoleum in view
Senja di Sg Nil.  

Semasa winter hari siang agak pendek. Dalam kami bersembang-sembang sambil minum teh, hari semakin senja.  Cantik pemandangan .


Setiap senja untuk ketiga-tiga hari kami belayar di sungai Nil ni, makcik mesti ada di dek untuk melihat matahari terbenam. 

Dalam perjalanan ke Luxor dan Aswan ni kami akan singgah di Kom Ombo dan Edfu untuk melawat tinggalan sejarah.

Tapi yang makcik sangat enjoy adalah berada dalam kapal cruise ni. Rasa sangat best baring di katil dalam kabin sambil melihat tebing  sungai bergerak.



Setiap kabin ada bilik air masing-masing. Sehari dalam perjalanan yang naik keretapi tu kami tak mandi. Ehh, tak busuk. Cuaca sejuk. Tapi kita orang Malayshia kan. Hari-hari mandi, rasa melekit kalau sehari tak mandi !  

Lagi satu, kat Mesir ni airnya paipnya tidak sesuai untuk diminum. Poto travel beri air untuk diminum samaada dalam bas dan jugak semasa cruise di Sg Nil ini. 

Untuk gosok gigi pun kami kumur dengan drinking water.

Air Sungai  Nil ada schistosomiasis, sejenis parasit.  Jadi kena hati-hati sikit


Nah, kita belanja gambar dari dek. Setiap hari mesti ada felucca atau sampan-sampan yang lalu




Suatu hari tu kami berselisih dengan kapal yang penuh dengan mat saleh . Sempoi je depa sunbathing atas dek. Kami duk berbungkus kesejukan sebab angin sejuk walaupun matahari cerah. Diaorang pakai swimsuit je.


Matahari memang cerah tapi sejuk yaa amat terutama bila angin bertiup. Suhu lebihkurang 9-10 Celsius gitu bila di sungai. Bila naik darat panas sikit .

Makcik selalu duduk di tengah matahari nak bagi rasa bahang sikit.   Sun-block kena pakai !!


Cafe atas kapal . Ada buffet untuk sarapan , makan tengahari dan makan malam. Puas jugaklah makan nasi arab. Masa ni dah start teringat-ingat nasi lemak terutama masa breakfast.



Masa di cruise ni lah makcik first time jumpa kurma basah. mual-mula takut nak makan tapi rupanya sedap ! Manis dan juicy




Makcik akan cerita tentang Kom Ombo dan Edfu dalam post selepas ini. 

Panjang bebenor dah post ni.

Kita bertemu lagi di siaran selanjutnya .

Babaiii  !!!



Mai baca blog-blog Mesir lain kat sini :









No comments:

Trip Mesir Pt 4 : Kom Ombo

Trip Mesir Pt 4 : Cerita Buaya, Tiang serta Perigi di Kom Ombo Aduiihh susah betul nak cari masa nak update blog. Dalam seminggu ...