Thursday, September 27, 2018

Trip Mesir Pt 4 : Kom Ombo


Trip Mesir Pt 4 : Cerita Buaya, Tiang serta Perigi di Kom Ombo



Aduiihh susah betul nak cari masa nak update blog.

Dalam seminggu dua ni makcik belajar dari anak kedua makcik, Azim, macamana nak upload video masuk ke blog. 

Sebelum makcik cerita bab landing di Kom Ombo , nikmati lah video semasa belayar di Sungai Nil . Imagine lah angin bertiup diselangi muzik lembut yang memang sentiasa dimainkan di atas dek kapal Sonesta.


Enjoy !!







Hari ke 5 :  Kom Ombo dan Edfu

Kom Ombo Temple terletak betul-betul tepi sungai . Ada jeti di depan temple dan kita naik ke darat menyeberang titi. 




Sampai je ke darat , angkat kepala dah nampak temple besar Kom Ombo depan mata ,macam di bawah ni. Nampak tak tiang-tiang yang tinggal separuh tu? Teruskan baca , nanti makcik cerita.



Sobek Temple in Kom Ombo

Orang Mesir kuno menyembah banyak tuhan sebelum kedatangan Islam. Setiap bandar ada local god  yang disembah oleh penduduk setempat dan tidak disembah ditempat lain. 

Di Kom Ombo , pada suatu masa dulu ada banyak buaya , penduduknya menyembah tuhan berkepala buaya yang dinamakan Sobek. 


Buaya



Temple of Sobek in Kom Ombo


Masa kat Cairo tempohari takde stelae atau batu berukir macam kat atas ni. Di temple of Sobek ni masih ada banyak ukiran batu yang masih elok-elok keadaan nya.

Di gambar atas tu nampak tak ( 2nd from left) ada god yang panjang muncun nya? Itu lah Sobek, the crocodile-headed god, disembah sebagai pelindung dari bahaya-bahaya yang dibawa oleh sungai Nil. 

Untuk perlindungan dari diserang buaya? Makcik pun keliru. Haha. 

Stelae kat atas tu ada cerita nya tapiiiii makcik dah tak ingat. Sorry.

Nampak tak dia pegang apa? Yang macam Christian cross tapi kepala dia bulat. Alat tu nama nya Ankh. Actually to ancient Egyptians , Ankh tu " Symbol of Life"

Ada cerita yang the Christians dapat ilham nak guna simbol cross dari Egyptian Ankh, Wallahualam.

Kalau kat Egypt ni the Coptic Christians memang guna Ankh sebagai simbol ugama mereka.


Makcik pun ada beli se. Buat souvenir ;)

Di Kom Ombo ni ukiran-ukiran sangat cantik. Dulu-dulu makcik hairan macamana org mesir dulu boleh buat ukiran besar-besar kat dinding diaorang. Tak sakit leher ke kena dongak lama-lama masa nak ngukir tu. Rupa-rupanya diaorang ukir kat keping batu empat segi dan pastu sambung dan lekat kan dengan simen pada wall  temple.

Nampak tak kat gambar ni ada keping ukiran yang dah hilang, mungkin dah dibawa pulang oleh archaeologist asing balik ke Europe dan disimpan di Louvre atau British Museum

Temple of Sobek ,Kom Ombo


Temple of Sobek , Kom Ombo

Mr Islam cerita , ukiran di atas kepala makcik tu adalah alat-alat perubatan. Ada forcep, sucker, probe, alat mencungkil etc. 



Temple of Sobek , Kom Ombo




Tekun mendengar cerita Mr. Islam


Tiang separuh dan tiang besor-besor





Tiang tiang besar dalam temple.



Ada banyak yang separuh** tiang di temple ni. 







Nak tahu kenapa? Sebab masa tempat ni di jajah  oleh Rom, agak2 tahun 30 BC diaorang potong tiang-tiang ni untuk construction bangunan Rom. Yang pelik nya temple asal masih boleh dilihat tapi bangunan2 orang Rom dah habis runtuh.




Perigi



Used to gauge depth of Nile waters

Masa nak keluar dari temple of Sobek tu kami jumpa perigi. Besar.

Ingatkan perigi apa. Pelik jugak ada sungai nan sungguh besar dan panjang , buat apa korek perigi lagi ??

Masa tu rasa dah lenguh kaki . Terlupa snap gambar dalam perigi tu. Mr Islam cerita pun macam tak berapa nak dengar, short attention span.

Rugi tak ambik gambar perigi . Perigi tu bukan sebarang perigi. Ianya NILOMETER

(Gambar ni dari Google)



Memang macam ni lah rupa dalam perigi tu. Ada air kat dasar perigi dan tangga. ( Terlupa tanya ada Denggi tak kat Mesir :))

Ye, Nilometer ini inovasi orang Mesir kuno untuk sukat ketinggian air Sungai Nil. Jadi bila dah dekat nak banjir atau musim kemarau depa akan rekodkan tinggi Sungai Nil.

Bila air sungai Nil dalam cukai akan lebih tinggi sebab lepas banjir, tanah akan lebih subur, hasil pertanian lebih banyak.

Kalau air sungai Nil cetek, cukai sikit je sebab hasil tanaman tak banyak masa kemarau.

Terrer kan teknologi zaman Mesir dulu.

Sebelum naik kapal semula kitaorang ziarah makam crocodile yang ada di tepi Temple.



Ni bukan buaya moden yang baru ditembak dan diawet ye. Buaya-buaya kat muzium ni dijumpai semasa excavation , carigali artifak di sekitar Temple of Sobek ni

Semua buaya zaman dolu-dolu. Kasi respect sikit tau.  

Dah habis tengok mummy buaya kami naik cruise semula untuk lunch dan rehat sebentar sebelum singgah di Edfu.

Ikut hati nak sambung cerita pasal Edfu tapi mata dah berat ni. Besok kena bangun awal pegi kerja. 

InsyAllah besok malam makcik sambung cerita ye.


Cerita Mesir part dulu boleh baca di sini:

Trip Mesir Part 1

Trip Mesir Part 2

Trip Mesir Part 3


No comments:

Trip Mesir Pt 4 : Kom Ombo

Trip Mesir Pt 4 : Cerita Buaya, Tiang serta Perigi di Kom Ombo Aduiihh susah betul nak cari masa nak update blog. Dalam seminggu ...