Pengenalan
Tahun lepas ada cuba tulis novel tapi kantoi sebab cuma ada peluang menulis di hujung minggu atau hari cuti sahaja. Macam putus-putus idea yang datang . Tulis blog pendek-pendek lah dulu .
Melalui blog MakChic Menulis , makcik ingin berlatih menerapakan pemikiran di kertas serta mencatit pengalaman serta buah fikiran makcik. Macam diari . supaya tak hilang dari ingatan . Maklumlah semakin usia meningkat anytime can kick the bucket, dunia kata pergi kubur kata mari , pepatah zaman moden.
Kalau umur panjang dapatlah baca balik isi otak di suatu masa dulu .
Dalam fikiran ada macam-macam ide untuk blog Makcik Memasak , Makcik Membaca. Samaada blog-blog ini akhirnya ditulis atau tidak, masih , buat masa ini, dalam misteri 😄
Hasrat nak menulis sudah lama bermain di fikiran tetapi kekurangan masa dan peluang serta kekurangan keyakinan , menyebabkan hasrat tersebut terpendam aje selama ini.
Makcik harap keyakinan menulis akan berkembang dengan setiap penulisan yang makcik hasilkan.
Pekerjaan seharian pada pendapat makcik adalah aktiviti wajib how i make my living dan sudah tentu perlu dijalankan dengan penuh telus , ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Namun i live for my most cherished moments,the few minutes and short hours when i get to do the stuff i enjoy most doing.
Makcik gemar membaca, memasak , merantau/melancung, dan menonton televisyen serta melayari FB/Instagram. Mengaku ajelah kan ,pasal FB dan Insta tu.
Semua saluran media adalah pisau dua mata. Kita sentiasa dapat mempelajari sesuatu jika bijak memanfaatkan kemudahan yang tersedia di depan mata.
Makcik seorang pembaca tegar , terutama bab-bab sejarah. Dulu masa kecil , surat kabar bungkus nasi lemak pun makcik baca kalau tiada bahan baca lain masa makan nasi lemak .
Dari asal membaca buku-buku fiksyen , sekarang ni makcik lebih banyak baca non-fiction, biographies dan kisah-kisah benar sebab pada pendapat makcik cerita reality ini lebih ada isi dan satu bentuk sejarah juga
Tapi makcik masih meminati cerita2 dongeng seperti Harry Potter dan Game of Thrones. Seronok dan tak payah fikir banyak-banyak.
Semoga pembaca yang telah meluangkan masa untuk membaca blog makcik mendapat pelajaran maupun teladan dari setiap post , sekurang-kurangnya hiburan yang berguna dari blog makcik untuk diri masing -masing.
Kepada anda yang pernah menulis blog, apa tujuan asal menulis ?
Jom kongsi, boleh kita berkawan .
Blog-blog ini juga ditujukan kepada anak-anak kesayangan makcik Asyraf , Azim serta Aida Suhaila.'
To my children :
These writings are something to remember me by when I am gone.
Hopefully , I get to blog my recipes for your future references
The way I cook may sometimes be different than the rest of the world, so always have access to my way of cooking to get to the tastes you are famililar with. As all 3 of you know , I regret losing Tok Milah's recipes after she passed away unexpectedly.
I am ensuring that mine will be in cyberspace, well, unless it gets deleted . Too bad then.
All the best and may the 3 of you grow up to be happy, healthy, kind and compassionate Homo sapiens, here and thereafter.
Selamat membaca !!
4 comments:
Tahniah ...
Tahniah ojee
Terimakasih Abby. Now baru ada berani sikit nak write. Kena have that 'just do it' attitude
ehhhh Mior ! Terimakasih....haha malu ada rakan seperjuangan kenal Makchic
Post a Comment