Makaroni Bakar Makchic style
Sempena long weekend dan suami balik kampung , dapat lah makcik meluangkan masa dengan laptop sekejap.
Hari ini makcik nak rekodkan resepi Makaroni Bakar kegemaran anak-anak makcik. Sepanjang mereka membesar macam-macam versi makaroni bakar makcik dah cuba tapi
versi ini yang paling laku sekali.
Tak ingat pulak dari mana makcik belajar resepi asal tapi yang pastinya resepi ini sudah dibuat penambahbaikan sesuai dengan kesukaan anak-anak .
Bahan-bahan
Makaroni elbow 500mg
Minyak Zaitun
Garam
Setelah daging masak lembut bolehlah masuk tomato cincang.
Pastu dah boleh masukkan sosej hiris
Jangan guna banyak-banyak sosej tau. Processed food.
Untuk 500mg makaroni , makcik boh 4 batang untuk bagi flavour sosej pada daging dan makaroni.
Sosej ini memang budak-budak sukakan rasa dia. Pilih jenama yang kandungan lemak dia tak tinggi.
Seterusnya tambahkan sos-sos tomato, cili dan sos tiram,
Bawang Holland 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Serbuk rempah kari daging 3 sudu teh ( SUDU TEH )
Daging cincang Ramly 400mg ( keluarkan awal dari freezer )
Sosej 4 batang
Sosej 4 batang
Tomato 1 biji (chop)
Cendawan butang 5 biji (optional)
Sos cili 3 sudu besar /sudu sup
Sos tomato 3 sudu besar
Sos tiram 3 sudu besar
Tepung jagung 1-3 sudu (jika perlu)
Telur Omega 7biji
Oregano, Thyme, Basil
Keju Mozzarella secukupnya
Resepi ini tak italiano sangat. Sudah dimelayukan.
Dulu makcik tak percaya sedap kalau bubuh rempah daging sedikit sebab tak mahu makaroni rasa macam makan kari bakar, tapi sebenarnya rempah kari tu mengurangkan hanyir bau daging dan bagi makaroni tu kurang rasa muak.
Pasal tu bila makan rasa tak puas-puas kot !!
Untuk resepi ini makcik tak blender halus bawang dan tomato, kasi chop2 sahaja supaya ada texture sikit. Bawang yang digunakan adalah bawang Holland yang tak merah tu. Tak tahu kenapa tapi bawang omputeh ni kalau masak western-western memang sangat manis dan sedap.
Makcik tidak bertanggungjawab atas apa-apa kenaikan berat badan yang mungkin berlaku lepas makan makaroni ni tau , haha.
Masak makaroni selama 15 minit ( masa untuk memasak pasta ni kena tengok kat paket pasta ye. Berubah-rubah ikut jenama pasta. Masa dalam air menggelegak bersama sedikit garam dan minyak.
Bawang Holland dan bawang putih dikupas dan dichop kasar .
Panaskan 1/2 cawan ( 100ml) minyak dalam periuk dan tumiskan bawang cincang tadi.
Bila bawang dan layu dan wangi (api jangan besar, supaya bawang tak hangit) , masukkan serbuk rempah kari daging 3 sudu teh/sudu kecik dan tambahkan sedikit air supaya bawang dan rempah masak sebati.
Masak dengan api kecil sampai pecah minyak. Kita masak pakai minyak ngam2 sahaja ye.
Jangan bagi berlinang-linangan macam sambal tumis. Nanti makan makaroni berlemuihh bibir, tak syiok.
Setelah pecah minyak , masuk kan daging cincang dan masak hingga daging jadi perang. kalau nak daging tu lembut dan rasa daging sebati dengan minyak dan bawang, tambah lah sikit air dan masak lama sikit. Kalau tengah menggelabah nak masak cepat, boleh je teruskan dengan langkah selanjutnya.
Resepi ini tak italiano sangat. Sudah dimelayukan.
Dulu makcik tak percaya sedap kalau bubuh rempah daging sedikit sebab tak mahu makaroni rasa macam makan kari bakar, tapi sebenarnya rempah kari tu mengurangkan hanyir bau daging dan bagi makaroni tu kurang rasa muak.
Pasal tu bila makan rasa tak puas-puas kot !!
Untuk resepi ini makcik tak blender halus bawang dan tomato, kasi chop2 sahaja supaya ada texture sikit. Bawang yang digunakan adalah bawang Holland yang tak merah tu. Tak tahu kenapa tapi bawang omputeh ni kalau masak western-western memang sangat manis dan sedap.
Makcik tidak bertanggungjawab atas apa-apa kenaikan berat badan yang mungkin berlaku lepas makan makaroni ni tau , haha.
Cara-Cara :
Masak makaroni selama 15 minit ( masa untuk memasak pasta ni kena tengok kat paket pasta ye. Berubah-rubah ikut jenama pasta. Masa dalam air menggelegak bersama sedikit garam dan minyak.
Bawang Holland dan bawang putih dikupas dan dichop kasar .
Bila bawang dan layu dan wangi (api jangan besar, supaya bawang tak hangit) , masukkan serbuk rempah kari daging 3 sudu teh/sudu kecik dan tambahkan sedikit air supaya bawang dan rempah masak sebati.
Masak dengan api kecil sampai pecah minyak. Kita masak pakai minyak ngam2 sahaja ye.
Jangan bagi berlinang-linangan macam sambal tumis. Nanti makan makaroni berlemuihh bibir, tak syiok.
Setelah pecah minyak , masuk kan daging cincang dan masak hingga daging jadi perang. kalau nak daging tu lembut dan rasa daging sebati dengan minyak dan bawang, tambah lah sikit air dan masak lama sikit. Kalau tengah menggelabah nak masak cepat, boleh je teruskan dengan langkah selanjutnya.
Setelah daging masak lembut bolehlah masuk tomato cincang.
Pastu dah boleh masukkan sosej hiris
Jangan guna banyak-banyak sosej tau. Processed food.
Untuk 500mg makaroni , makcik boh 4 batang untuk bagi flavour sosej pada daging dan makaroni.
Sosej ini memang budak-budak sukakan rasa dia. Pilih jenama yang kandungan lemak dia tak tinggi.
Note , guna sudu besar tau.
No comments:
Post a Comment